(TIDAK RASMI) BN hampiri kemenangan di Pelangai

(TIDAK RASMI) BN hampiri kemenangan di Pelangai

AMIZAR ABU ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Barisan Nasional (BN) hampir pasti meraih kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila meraih 6,563 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.47 malam, Perikatan Nasional (PN) meraih 3,747 undi manakala calon Bebas 37 undi.

Jumlah itu membabitkan 28 daripada 31 saluran manakala majoriti diperoleh BN adalah 2,816 undi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam yang dicabar calon Perikatan Nasional, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN