JERANTUT: Seorang nelayan Sungai Tembeling meraih keuntungan lumayan apabila memperoleh tangkapan seekor ikan tapah seberat 67 kilogram di Kuala Tahan di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, nelayan tersebut, Sabaruddin Abu Bakar berkata, dia turun ke Sungai Tembeling sambil berdoa mengharapkan rezeki hasil tangkapan yang lumayan untuk dijual bagi menampung perbelanjaan keluarga. “Saya turun ke sungai semalam dengan memasang beberapa batang taut menggunakan umpan keli di kawasan tebing dan kebiasaannya berdekatan…