Tak pernah lupa dunia nyanyian - Adira - Utusan Malaysia

Tak pernah lupa dunia nyanyian – Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kembali bertanding dalam program realiti, penyanyi, Adira Suhaimi tidak pernah melupakan dunia nyanyian walaupun dia ketika ini lebih menyerlah di platform media sosial terutama TikTok.

Kongsi Adira, dia sering menerima komen daripada warganet yang mengingatkan dia adalah seorang penyanyi dan bukan pelawak selepas video-video yang dimuat naik tular.

“Ramai juga yang komen sebenarnya selepas saya lebih menonjol di TikTok. Merea cakap kandungan yang dimuat naik kelakar. Saya pun tak sangka sebenarnya.

“Tetapi ramai juga komen, jangan lupa saya ini seorang penyanyi. Kelakar juga cuma jangan risau, saya ini penyanyi. Mungkin sebelum ini peluang dan ruang itu tidak ada.

“Dalam pada masa sama seronok juga dapat pengikut baharu di media sosial. Bila masuk Famili Duo, ada juga peminat muda yang baru tahu saya ini penyanyi,”ujarnya.

Sementara itu, Adira yang bertanding bersama kakaknya, Emma dalam Famili Duo musim ketiga tidak mahu terlalu selesa biarpun berjaya merangkul kedudukan pertama minggu lalu yang bertemakan rock.

Jelas penyanyi Ilusi itu, mereka juga tidak mahu tertekan dan terlalu mencuba dalam memastikan dapat memberi persembahan berkualiti.

“Banyak lagi yang kami perlu belajar. Kemenangan ini bukan tanda kami sudah terlalu bagus. Ini adalah pertandingan dan setiap minggu, setiap peserta bakal memberikan sesuatu berbeza.

“Cabaran kami adalah untuk memastikan kami tunjukkan penambahbaikan dalam setiap persembahan. Kami terbuka dengan kritikan juri tetap atau peminat.”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya