Suami isteri, anak lelaki direman 7 hari kes kanak-kanak maut disyaki didera - Utusan Malaysia

Suami isteri, anak lelaki direman 7 hari kes kanak-kanak maut disyaki didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka ditahan reman tujuh hari berkaitan kes seorang kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia di sini kelmarin, disyaki didera.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, kesemua mereka direman mulai hari ini sehingga 21 Oktober ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka ditahan kelmarin di Klinik Kesihatan Bagan Serai ketika membawa kanak-kanak tersebut untuk pemeriksaan setelah mangsa tidak sedarkan diri.

“Tahanan reman untuk polis melengkapkan siasatan secara menyeluruh sebelum pendakwaan di mahkamah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera teman lelaki ibunya di sini.

Ini selepas pemeriksaan ke atas mayat mangsa di Klinik Kesihatan Bagan Serai menemukan kesan melecur dan kecederaan pada beberapa bahagian tubuh badan.

Susulan kejadian itu, polis menahan sepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka yang menjaga sementara kanak-kanak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN