Sokong PM: Bersatu keluar surat tunjuk sebab pada Iskandar

Sokong PM: Bersatu keluar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain

ISKANDAR DZULKARNAIN ABDUL KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang sebelum ini mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah tersebut diambil sebelum sebarang tindakan dikenakan ke atas Iskandar Dzulkarnain mengikut perlembagaan parti.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga antara lain membincangkan kedudukan Iskandar Dzulkarnain,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, skandar Dzulkarnain memutuskan menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Namun, Perikatan Nasional (PN) mendakwa tindakan Iskandar Dzulkarnain itu selepas beliau diugut atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal menyokong kerajaan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan Iskandar Dzulkarnain tidak ada melakukan perjumpaan dengan Perdana Menteri sebelum mengisytiharkan sokongan.

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu turut mengumumkan bahawa pada November ini Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan.

“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuat ketetapan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan akan berlangsung dari 23 hingga 25 November 2023, bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

“Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu akan dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Dr. Radzi Jidin. Perhimpunan Agung Tahunan bermula dengan perasmian sayap-sayap Bersatu pada 23 November ini, sebelum diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 November,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya