Simpang Bertingkat Alam Damai dibuka tengah malam ini

Simpang Bertingkat Alam Damai dibuka tengah malam ini

PENGGUNA boleh menggunakan Persimpangan Bertingkat Alam Damai di SUKE bermula tengah malam ini. - IHSAN PROLINTAS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Persimpangan Bertingkat Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dibuka bermula tengah malam ini.

Projek Lintasan (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, persimpangan bertingkat itu dibuka kepada pengguna bermula pukul 12:01 tengah malam pada 20 Oktober 2023. 

“Persimpangan ini dibina untuk memberikan kemudahan laluan alternatif kepada pengguna dari arah Sri Petaling dan Ulu Kelang untuk ke kawasan Alam Damai dan sebaliknya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembukaan berkenaan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Alam Damai, Taman Connaught, Taman Len Seng, Taman Bukit Anggerik dan kawasan sekitarnya. 

Katanya, ia turut menambah baik kesalinghubungan ke beberapa lokasi strategik.

Antara lokasi tersebut ialah Ampang, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Bukit Jalil sebagai alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) atau Jalan Loke Yew yang sering berlaku kesesakan pada waktu puncak.

“Kutipan tol di laluan susur keluar dan masuk baharu itu juga berkuatkuasa serentak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN