PETALING JAYA: Pelakon, Shakilla Khoriri hairan akan tindakan bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali yang merahsiakan perkahwinanya pada Isnin.
Menurut Shakilla, pada malam sebelum pernikahan, Fizi ada bertemunya untuk berbincang mengenai anak, Ameena Sofia dan memaklumkan untuk membawanya ke taman tema air.
“Saya tak ada isu dia nak bernikah atau apa. Tapi, saya tak tahu nak cakap macam mana bila orang tanya saya.
“Saya pernah tanya dia (tentang bila berkahwin) dan dia cakap, ‘soon’ (nanti). Saya tak tahu dia bernikah dan tak ada ucapan apa-apa,” katanya menerusi sebuah perkongsian pesanan suara di Tiktok.
Namun begitu, Shakilla enggan terlalu berlebihan mengulas tentang isu itu kerana takut dituduh belum ‘move on’.
“Saya pun tak berani cakap lebih-lebih. Kalau cakap lebih-lebih nanti, orang salah faham dan cakap cakap saya tak ‘move on’ dan macam-macam lagi. Tak apalah.
“Doakan sahaja yang baik-baik untuk dia dan pasangan. Semoga dia bertenang, berbahagia dan tak ada isu apa-apa lagi,” katanya.
Sebelum ini, penyampai radio, Fizi Ali, tampil mengejutkan peminat-peminat menerusi pengumuman pernikahannya di Instagram dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Tiz pada Isnin.










