Selaras harga padi: pendapatan 240,000 pesawah meningkat

Selaras harga padi: pendapatan 240,000 pesawah meningkat

NEGERI Sembilan menjangkakan mampu mengeluarkan padi enam tan per hektar jika diuruskan secara sistematik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelarasan semula harga belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan hampir 240,000 pesawah seluruh negara.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam kenyataan memaklumkan, ia sebagaimana diumumkan menerusi Belanjawan 2024 dengan kali terakhir pelarasan harga dibuat adalah pada 2014.

Katanya, walaupun menuntut harga lebih tinggi, pesawah sedikit sebanyak boleh menarik nafas lega dengan tambahan kenaikan RM500 bagi Skim Subsidi Harga Padi yang diberikan kerajaan dalam sektor padi.

“Penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun yang diumumkan bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis dan Kedah untuk meningkatkan pengeluaran padi dengan pelaburan bernilai RM3 bilion, NAFAS juga secara tidak langsung akan terlibat dalam menjayakan usaha meningkatkan hasil padi negara,” katanya hari ini.

NAFAS selaku pembuat dan pembekal bagi keperluan baja negara melalui skim subsidi kerajaan bersedia memberi komitmen penuh kepada para petani serta MADA bagi menjayakan inisiatif bersama Kementerian bagi mencapai sasaran kadar Tahap Sara Diri (SSR) beras negara sebanyak 80 peratus pada tahun 2030.

Katanya, inisiatif peningkatan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma daripada RM40 juta kepada RM50 juta dalam usaha meluaskan kawasan penanaman padi bukit daripada 43 ribu hektar dapat membantu meringankan kos penanaman padi oleh pesawah di Sabah dan Sarawak.

“NAFAS juga menyambut baik, peruntukan RM50 juta yang diumumkan untuk membekalkan 50,000 pesawah dengan baja bio dan organik bagi meningkatkan kesuburan tanah juga akan memberi peluang kepada pesawah untuk meningkatkan hasil tanaman.

“Peruntukan RM50 juta di bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan kepada petani, penternak dan nelayan yang terkesan akibat bencana; dan RM50 juta turut disediakan sebagai dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi bagi memberi perlindungan kepada pesawah yang terkesan akibat bencana membuktikan kerajaan cakna dengan keperluan golongan tersebut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya