KIRA-KIRA 300 orang saudara baharu Orang Asli merupakan ahli kariah Masjid Kampung Pantos, Pos Lanai telah memuliakan sambutan Maulidur Rasul anjuran Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Lipis di perkampungan Pos Pantos, Lipis baru-baru ini.
Pengurus Cawangan MUIP Lipis, Hazwan Hafiz Abdul Jalil berkata, program tahunan selama dua hari itu telah mendapat sambutan saudara baharu Orang
Asli yang telah lama memeluk agama Islam bagi mengingati serta mengambil ibrah sempena hari kelahiran Rasulullah SAW yang dirasmikan oleh Timbalan Kadi Lipis, Ahmad Tajuddin Mat Zin.
“Ceramah Maulidur Rasul turut disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Lipis, Pejabat Kadi Lipis, Mohd Akmal Abdul Manaf di samping kemeriahan program dengan selawat beramai-ramai, pertandingan Sepanduk Terbaik, mewarna, nasyid, dan sukan,” katanya di Pos Pantos, Lipis baru-baru ini.-UTUSAN










