ASM 3 isytihar pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit

ASM 3 isytihar pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit

PENGAGIHAN pendapatan ASM 3 melibatkan jumlah sebanyak RM1.01 billion, tertinggi dalam tujuh tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2026.

Jumlah pengagihan pendapatan RM1.01 bilion berkenaan merupakan pengagihan tertinggi dana tersebut dalam tempoh tujuh tahun, yang bakal memanfaatkan 818,137 pemegang unit dengan pegangan 20.97 bilion unit.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berkata, kadar pengagihan bagi tahun kewangan semasa adalah lebih tinggi berbanding 4.75 sen seunit pada tahun sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ASM 3 turut mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank sebanyak 1.99 peratus, dengan lebihan prestasi 301 mata asas. Sehingga 23 September 2026, dana merekodkan pendapatan bersih direalisasikan sebanyak RM1.23 bilion.

“Pengagihan pendapatan ini mencerminkan prestasi berdaya tahan dana dalam persekitaran pelaburan global yang mencabar, dicirikan oleh ketidaktentuan kadar faedah, ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut ASNB, bagi pemegang unit yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar pengagihan 5.00 peratus yang diisytiharkan akan menghasilkan kadar dividen bersih terlaras sebanyak 4.87 peratus selepas potongan zakat 2.57 peratus.

Katanya, pendapatan dana disokong oleh keuntungan direalisasikan, pendapatan dividen serta peruntukan aset merentasi instrumen pendapatan tetap, hartanah dan pelaburan persendirian di pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2026.

Urus niaga ASM 3 ditangguhkan sementara dari 27 hingga 30 September 2026 bagi proses pengiraan dan boleh diteruskan semula menerusi portal serta aplikasi myASNB atau cawangan dan ejen ASNB bermula 1 Oktober 2026.

Dalam pada itu, ASNB sedang menganjurkan kempen ‘Unlock ASM 3’ hingga 31 Disember 2026 yang menawarkan peruntukan kuota khas sehingga RM10,000 kepada pelabur baharu menerusi aplikasi myASNB menggunakan kod promosi UNLOCK2.

Syarikat turut meneruskan Pakej Penyelesaian Perancangan Kewangan (FPSP) 2026 yang membolehkan pelabur mendapat akses peruntukan sehingga 40 peratus dalam ASM yang digabungkan bersama dana harga berubah terpilih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×