Roger Ng sudah berada di Malaysia -KPN

Roger Ng sudah berada di Malaysia -KPN

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng sudah berada di negara ini.

Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengesahkan lokasi terkini Roger atas faktor keselamatan.

Kata beliau, Roger tiba di negara ini tengah malam tadi bagi membantu proses siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan proses mendapatkan kembali aset atau asset recovery membabitkan dana itu.

“Saya sahkan, dia sudah berada di negara ini,” katanya secara ringkas.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, beberapa agensi penguat kuasa Malaysia menunggu kepulangan Roger yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di Amerika Syarikat (AS) untuk melengkapkan siasatan masing-masing membabitkan skandal 1MDB.

Antara agensi dijangka memerlukan maklumat atau menyiasat sekutu ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low itu ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, bekas ketua pelaburan Goldman Sachs itu berkemungkinan turut diperlukan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN).

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Roger akan dibawa pulang ke negara ini.

Saifuddin berkata, tempoh berapa lama Roger akan berada di Malaysia adalah bergantung kepada proses siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN