PRK Kemaman: Che Alias dicalon semula, MB berteka-teki

PRK Kemaman: Che Alias dicalon semula, MB berteka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pas Kemaman yakin penyandang kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid akan dikekalkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 2 Disember ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat berkata, Che Alias masih layak bertanding meskipun kemenangannnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibatalkan

Mahkamah Pilihan Raya, sebelum ini. Ketika ditanya sekiranya beliau sendiri dicalonkan pada PRK tersebut, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar berkata, beliau bersedia menarik diri untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak bersedia bertanding di kerusi Parlimen kerana mahu memberi tumpuan kepada portfolio yang digalas di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Hanafiah berkata, pi­haknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk meletakkan calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Bagaimanapun, saya jangka Pas Pusat tidak akan meletakkan calon dari negeri luar memandangkan pengundi di Kemaman ini lazimnya menolak calon luar. “Kalau Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri

Mokhtar dicalonkan sekali pun, saya rasa tiada masalah dan masih diterima pengundi sebab beliau adalah anak tempatan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×