PRK Jepak: Salur maklumat, aduan rasuah di bilik gerakan SPRM

PRK Jepak: Salur maklumat, aduan rasuah di bilik gerakan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai boleh menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di bilik gerakan yang dilancarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, bilik gerakan di SPRM Cawangan Bintulu, Sarawak itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 November depan.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel [email protected] atau menghubungi talian 086-316200,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu,SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN