SERI KEMBANGAN: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Ahli Parlimen Bera itu tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini sekitar pukul 3.56 petang tadi.
Turut hadir isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Selain itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah juga hadir memberikan penghormatan terakhir.
Terdahulu, Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.-UTUSAN











