Polis belum tentutan bentuk pertuduhan terhadap Roger

Polis belum tentutan bentuk pertuduhan terhadap Roger – Saifuddin.

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menentukan sebarang bentuk pertuduhan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bergantung kepada siasatan lanjut oleh pihak polis.

Beliau berkata, adalah terlalu awal untuk meramalkan perkara (pertuduhan) itu dan ia belum diperincikan oleh pihak polis.

“Ketika ini, polis belum lagi memutuskan bentuk tuduhan terhadap Roger sama ada berkaitan siasatan kes yang lama atau baharu.

“Sebelum ini, siasatan terhadap Roger terhenti selepas dia di bawa ke Amerika Syarikat untuk pendakwaan kes 1 Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya pada sidang akhbar selepas selesai sesi libat urus bersama badan pengurusan agama di sini, hari ini.

Katanya, siasatan terhadap Roger adalah bertujuan mengembalikan semula aset negara khususnya bagi mengembalikan aset daripada Goldman Sachs dan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

Saifuddin berkata, keberadaan Roger di negara ini adalah hasil kerjasama Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan Pejabat Peguam Negara yang diputuskan ketika pimpinan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menurutnya, Pejabat Peguam Negara ketika itu memberi tempoh sehingga Februari depan kepada DoJ untuk menyelesaikan kes terhadap Roger.

“Bagaimanapun, kes itu dapat diselesaikan lebih awal dan Roger dipulangkan ke negara ini untuk siasatan seterusnya bagi pihak Malaysia,” katanya.

Ditanya berapa lama keberadaan Roger di negara ini, Saifuddin berkata, pihaknya tidak dapat menentukan tempoh berkenaan sebaliknya ia bergantung kepada siasatan oleh pihak polis.

“Tiada (tiada tempoh tertentu. Tertakluk kepada kepantasan pasukan pasukan agensi penguat kuasa kita,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Roger di bawa pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1MDB).

Jumaat lalu, Roger dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN