PETALING JAYA: Perdana Menteri dan bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri saling bertukar pandangan mengenai hubungan antara dua negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan antara Malaysia dan Indonesia perlu terus diperkukuh.
“Turut dibincangkan adalah soal tantangan semasa yang dihadapi meliputi pelbagai aspek dan bagaimana kedua-dua saudara serumpun ini bekerjasama mencari solusi demi manfaat bersama.
“Mendoakan semoga Ibu Megawati dan keluarga terus diberi kesihatan dan kekuatan, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Megawati sambil ditemani oleh anak perempuannya, Maharani Nakshatra Kusyala Devi yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) melakukan kunjungan kepada Anwar di Putrajaya, tengah hari tadi.
Sementara itu, Anwar turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Megawati yang menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sosial oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), semalam.-UTUSAN