PETALING JAYA: Peruntukan RM58.1 bilion disediakan kerajaan bagi membiayai pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat merangkumi subsidi dan insentif dalam Belanjawan 2024 disifatkan cukup untuk rakyat menghadapi pengurangan subsidi tahun depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ida Md. Yassin berkata, jumlah berkenaan adalah besar melihat kadar pendapatan rakyat Malaysia tidak terlalu tinggi. Sehubungan itu, katanya, penerima-penerima peruntukan itu harus membelanjakan wang tersebut secara optimum,…










