KUCHING: Peruntukan dana bagi industri pelancongan perlu diteliti agar agihannya dapat dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan terutamanya kerajaan negeri.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan perkara yang penting ialah dana tersebut kelak dapat dimanfaatkan bagi membaikpulih fasiliti dan membantu acara pelancongan sekali gus memartabatkan ke peringkat antarabangsa.
“Melalui peruntukan untuk industri pelancongan ini, kita yakin boleh menyokong usaha besar kerajaan. Tetapi kalau kita tak boleh manfaatkannya, tidak ada guna juga.
“Jadi apa yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Sarawak melalui agensi-agensi perlu ditelitikan pengurusannya, kerana kita juga tidak mahu dana itu besar diberikan tapi nanti tahun-tahun akan datang dana-dana ini tidak diguna pakai dan ada daripada pegawai-pegawai Kementerian hanya mengatur kontrak untuk dirinya sendiri dan sebagainya – mungkin ¼ digunakan untuk benda lain,” katanya kepada media di sini hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Karim berkata penting sekiranya dilihat bagaimana kita mengurus peruntukkan dana ini sama juga dengan jumlah-jumlah lain yang diperuntukan kepada kementerian-kementerian yang lain.
“Justeru, daripada jumlah-jumlah peruntukkan ini nanti perlu diteliti sama ada dapat diatur dan dengan baik, tidka kira sama ada dana yang telah diserahkan kepada kerajaan negeri atau agensi-agensinya ataupun melalui kementerian-kementerian Persekutuan.
“Sekiranya kita masih tidak dapat manfaatkan daripada peruntukan dana ini ia akan tetap mejadi satu kegagalan,” ujar Abdul Karim lagi ketika ditanya media berhubung peruntukkan belanjawan 2024 bagi industri pelanciongan yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan menetapkan Tahun Melawat Malaysia pada 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 billion.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyediakan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.
Selain itu, RM20 juta turut diperuntukan bagi menaiktaraf dan mengekalkan lokasi pelancongan sukan termasuk di negeri Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.-UTUSAN
End.










