Pengenalan semula PLKN dedah belia ke arah lebih baik

Pengenalan semula PLKN dedah belia ke arah lebih baik –Abdul Karim 

ABDUL Karim Rahman Hamzah bergambar bersama belia selepas hadir merasmikan Program Integrasi Belia Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Usaha kerajaan untuk meneruskan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah langkah tepat untuk mendedahkan belia ke arah yang lebih baik.

Justeru, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, fasiliti yang sebelum ini digunakan untuk latihan tersebut juga masih wujud dan tidak mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar. 

ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH

“Kalau ia baru diperkenalkan, mungkin perlu dipertimbangkan, tetapi latihan seperti ini sudah lama diperkenalkan. Justeru, saya rasa ini adalah keputusan yang baik untuk menggunakan semula fasiliti-fasiliti yang dibina sebelum ini untuk program PLKN ini. 

“Kita sudah ada tempat-tempat PLKN sebelum ini yang mana sedikit sebanyak terbengkalai kerana tidak digunakan. Bagaimanapun, kalau usaha ini untuk mendedahkan kepada belia ke arah yang lebih baik, kenapa tidak untuk berbelanja membaiki semula fasiliti yang rosak sebelum ini,” katanya. 

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan memperkenalkan semula PLKN selepas hadir merasmikan Program Integrasi Belia Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini hari ini. 

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan bersetuju meneruskan semula PLKN dengan 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih.

Dalam pada itu Mohamad Hasan turut mendedahkan pelaksanaan semula PLKN 3.0 akan merangkumi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat di sekolah menerusi badan beruniform.

PLKN diperkenalkan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara sebelum memulakan program itu pada 2004.

Ia kemudian ditangguhkan pada 2015 dan diperkenalkan semula setahun kemudian dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN