Pengarah filem Iran dan isteri mati dibunuh - Utusan Malaysia

Pengarah filem Iran dan isteri mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Pengarah filem, Dariush Mehrjui, 83, dan isterinya ditemukan mati selepas ditikam individu tidak dikenali di kediaman mereka, di sini, baru-baru ini.

Lapor Abc News, Mehrjui dan isteri, Vahideh Mohammadifar ditemukan berlumuran darah dengan kesan tikaman di leher.

Mayat kedua pasangan suami isteri itu ditjumpai anak mereka, Mona Mehrjui yang pulang ke rumah tersebut bagi menziarahi ibu bapanya itu.

Pihak berkuasa tempatan yang menyiasat insiden itu tidak menyatakan sebarang motif pembunuhan meskipun Vahideh sebelum ini mengadu tentang ancaman bunuh diterimanya di media sosial.

Mehrjui merupakan graduan University of California dalam pendidikan filem pada tahun 1960.

Beliau pernah menerima anugerah Silver Hugo pada penganjuran Chicago International Film Festival 1998 dan Golden Seashell sempena San Sebastian International Film Festival (1993).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN