Pemandu lori serah memorandum, kemuka 12 rayuan kepada JPJ - Utusan Malaysia

Pemandu lori serah memorandum, kemuka 12 rayuan kepada JPJ

KU Ismail Ku Md Rashid (empat dari kanan) menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memohon kelonggaran berhubung beberapa isu dihadapi mereka. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pengusaha dan pemandu lori di negeri ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) de­ngan mengemukakan 12 rayuan kepada pihak berkenaan.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil pengusaha dan pemandu lori terlibat kepada Timbalan Pengarah JPJ negeri, Shaufiz Osman.

Menerusi penyerahan itu, sebanyak 12 rayuan dikemukakan dalam memorandum berkenaan bagi memohon kelonggaran daripada JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan berhubung isu-isu dihadapi mereka.

Wakil Pengusaha-Pengusaha Lori Tipper, Lori Kargo dan Lori Padi Negeri Perlis, Ku Ismail Ku Md Rashid berkata, antara kan­dungan memorandum itu adalah bagi memohon pertimbangan pihak terlibat membenarkan lori tipper mengisi bahan-bahan binaan mengikut paras badan lori.

“Ini adalah seperti pelan asal kenderaan yang diluluskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Kita mohon JPJ bawa isu ini ke Kementerian Pengangkutan supaya perkara berkaitan berat muatan bahan galian itu selari dengan berat muatan diluluskan,” katanya selepas penye­rahan memorandum itu di JPJ negeri semalam.

Katanya, pengusaha dan pemandu lori menyarankan agar mata demerit dapat dihapuskan berikutan pelaksanaannya telah mengundang pelbagai masalah.

“Contohnya pemandu lori tak dapat memperbaharui lesen memandu lain dan tidak dibenarkan memandu jika disaman.

“Ini menyebabkan pemandu tidak boleh menampung kehidupan keluarga sekali gus menimbulkan masalah lain,” katanya.

Beliau juga berharap agar denda lebih muatan yang dikenakan kepada pemandu lori dapat dikaji semula memandang­kan kadarnya terlalu tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya