Kulit paha mungkin ditampal tempat lecur 

Kulit paha mungkin ditampal tempat lecur 

FAISAL HALIM
FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Kulit paha pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim antara cadangan yang boleh digunakan untuk menampal bahagian badannya yang melecur terutama  lengan dan rusuk kiri.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair berkata, proses itu kebiasaannya menjadi pilihan untuk rawatan membabitkan penutupan anggota badan yang cedera seperti terkoyak atau melecur.

“Bagaimanapun, pakar bedah akan menentukan kulit bahagian mana yang akan diambil selepas pemeriksaan dibuat.

“Banyak benda yang perlu diambil kira tentang kulit kawasan mana yang sesuai. Jadi hal teknikal ini kita serahkan kepada pakar,” katanya selepas menemani Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar melawat Faisal di sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah tempat parkir kereta di pusat beli-belah di Damansara, lebih seminggu lalu.

Akibat simbahan asid itu, pemain yang popular dengan panggilan ‘Mickey’ itu melecur di leher, bahu, lengan dan dada kirinya.

Dalam pada itu, Muhammad Hazwan memaklumkan bahagian anggota pemain itu yang melecur itu sembuh mengikut perancangan.

“Kita akan terus pantau keadaannya sehingga pembedahan keempat (menampal kulit di anggota badan yang melecur) yang akan dibuat pada minggu hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN