Pemandu di bawah pengaruh dadah rempuh pagar istana besar

Pemandu di bawah pengaruh dadah rempuh pagar istana besar

KEADAANkereta mewah mangsa yang merempuh pagar istana besar dalam kejadian pagi semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang lelaki yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah melanggar dua kereta sebelum merempuh pagar istana besar di Kilometer 2.3 Jalan Skudai, Pantai Lido di sini ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.28 pagi melibatkan kereta jenis Audi warna emas dipandu seorang lelaki warga asing berusia 20-an.

Katanya, ketika kejadian berlaku, suspek bersama dua rakan dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Skudai.

“Apabila tiba di tempat kejadian, lelaki itu gagal mengawal kenderaan di kawasan selekoh sebelum terbabas masuk ke jalan bertentangan.

“Kereta warga asing itu kemudian melanggar teksi jenis Proton Persona warta putih merah dan Perodua Aruz warna biru sebelum merempuh pagar istana di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata, pemandu warga asing tersebut mengalami cedera ringan manakala pemandu teksi dan pemandu Perodua Aruz tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pagar istana mengalami kerosakan akibat pelanggaran tersebut sementara kereta warga asing tersebut terbalik.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine dan kes disiasat bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” tambahnya.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Hafiz Jaafar Mad Ariff 017-5919208.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya