Pelancong asing jadi sasaran scammer

Pelancong asing jadi sasaran scammer

myairline
RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir warga asing masuk ke negara ini untuk melakukan jenayah penipuan dengan menyasarkan pelancong luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kegiatan yang bersyaki didalangi pelancong asing itu sendiri mungkin masuk ke negara ini bagi melakukan jenayah-jenayah licik terutama penipuan.

Kata beliau, golongan itu mungkin menyasarkan pelancong dari luar negara yang baru tiba di negara ini dengan menawarkan perkhidmatan atau barangan tertentu walhal itu adalah helah untuk menipu.

“Tidak dinafikan, mereka ini yang sebahagiannya mungkin bergerak secara solo atau berkumpulan akan sasarkan lokasi seperti di lapangan terbang mahupun kawasan pelancongan untuk melakukan penipuan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penularan sebuah video di aplikasi X yang memaparkan sekumpulan lelaki warga asing disyaki mengamalkan ilmu ‘pukau’ dan menyasarkan pelancong luar negara.

Video berdurasi 47 saat yang dimuat naik pengguna @nanmanjoi8715 itu turut menjelaskan modus operandi yang digunakan sekumpulan lelaki itu.

Rakaman tersebut mendedahkan mereka meminta pelancong luar negara menunjukkan wang kertas negara mereka sebelum membuka dompet mereka yang didakwa untuk ‘pukau’ mangsa.

Justeru, Ramli mengingatkan pemandu pelancong tempatan supaya waspada dengan ancaman kumpulan yang meragukan.

“Sentiasa kawal pelancong yang dibawa agar tidak didampingi individu yang mencurigakan terutama warga asing yang konon mempelawa melihat wang kertas negara mereka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN