PDRM pertingkat kawalan keselamatan di Pejabat Kedutaaan AS

PDRM pertingkat kawalan keselamatan di Pejabat Kedutaaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) susulan beberapa siri perhimpunan dilakukan di hadapan kedutaan terbabit. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majeed berkata, ia adalah tanggungjawab polis bagi menjaga keselamatan pejabat perwakilan asing di negara ini.

 “Ini adalah pejabat perwakilan asing dan kita bertanggungjawab memastikan keselamatan perwakilan asing itu selamat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan peserta perhimpunan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berhimpun.

Himpunan ini kalau kita tengok ada beberapa himpunan diadakan dalam minggu ini, kita minta mereka patuh dengan undang-undang.

“Saya percaya semuanya dilakukan secara aman dan mengikut peraturan,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya