Patuhi undang-undang ketika luah simpati, rasa marah isu Palestin - Utusan Malaysia

Patuhi undang-undang ketika luah simpati, rasa marah isu Palestin

SHAMSUL Anuar Nasarah berucap pada Himpunan Anak-anak Gayong Serantau dan Se-Malaysia Edisi Ke-2 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Undang-undang negara masih perlu dipatuhi ketika meluahkan rasa marah kepada rejim Zionis Israel yang bertindak kejam terhadap Palestin, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Pada masa sama beliau tetap menyeru rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa simpati dan sokongan kepada rakyat Palestin yang tertekan akibat tindakan kejam Israel.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa simpati (kepada rakyat Palestin).

“Namun demikian dalam apa keadaan sekalipun kita mesti patuhi undang-undang dan peraturan yang ada. Nyatakan kemarahan dan kekecewaan kita kepada Israel, namun dalam waktu yang sama kita mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu utama dalam majlis perasmian penutup Himpunan Anak-anak Gayong Serantau dan Se-Malaysia Edisi Ke-2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata partinya sedia melaksanakan misi bantuan ke Gaza sepertimana yang kerap dilakukan sebelum ini.

Dalam majlis yang dihadirinya, beliau memuji kesungguhan dan usaha untuk terus mengangkat seni pertahanan diri orang Melayu terutama dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya seni persilatan ini dapat membina jati diri yang baik, sikap hormat-menghormati, berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai ini penting utk berdepan cabaran yang ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya