PETALING JAYA: Pas memutuskan menarik balik surat jemputan kepada semua wakil kedutaan negara-negara yang mengisytiharkan sokongan terhadap rejim Zionis Israel ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas, Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Panitia Muktamar Pas ke-69, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Utusan Malaysia semalam. Beliau berkata, pihaknya mengambil langkah sama dilakukan Dewan Pemuda Pas yang memutuskan menangguh jemputan menghadiri jemputan ke muktamar sayap itu kepada semua wakil kedutaan negara mengisytiharkan…










