Palestin umpama penjara terbesar -Wee Ka Siong

Palestin umpama penjara terbesar -Wee Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Palestin boleh diibaratkan sebagai penjara terbesar di dunia berikutan kepungan di seluruh pelusuk sempadan oleh rejim Israel sejak bermulanya konflik kedua-dua negara itu baru-baru ini. 

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tidak keterlaluan juga bahawa negara Palestin seperti neraka bagi penduduknya yang bukan sahaja terpaksa berdepan serangan bertali arus dari tentera Israel, malah, turut kebuluran kerana tiada bekalan makanan boleh dibawa masuk. 

Katanya, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya penaklukan serta melakukan keganasan dan penindasan kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa. 

“Kenapa kita perlu bantu rakyat Palestin? Bayangkan, mereka tinggal di bumi sendiri tetapi tidak diberikan kebebasan untuk mendapatkan aset kesihatan dan makanan tidak boleh dibawa masuk dengan bebas. 

“Pelbagai bantuan disekat, ini seolah-olah hidup dalam neraka dan negara itu boleh menjadi sebagai satu penjara terbesar di dunia,” katanya melalui status yang dimuat naik dalam media sosial miliknya hari ini. 

Atas dasar kemanusiaan, Ka Siong dalam pada itu mengajak rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama untuk memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam apa juga caranya.

“Kita adalah manusia seperti mereka, oleh yang demikian, kita perlu bersimpati dan biarlah mereka hidup di bumi sendiri dengan bebas. 

Ujarnya, jika ada rakyat negara ini yang boleh memberikan sokongan dengan apa juga bantuan, dipersilakan, namun, seandainya tiada kemampuan, cukuplah memanjangkan doa kepada penduduk Palestin tanpa mengira daripada agama apa pun. 

“Apa yang kita mahukan biarlah rakyat negara Palestin ini boleh hidup dengan aman,” Katanya. -UTUSAN

Pic caption: 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN