Negara Barat perlu berhenti bersifat munafik-Anwar 

Negara Barat perlu berhenti bersifat munafik-Anwar 

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan pidato pada himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. -GAMBAR FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya negara-negara Barat berhenti bersikap munafik dengan bercakap tentang demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan. 

Katanya, hal itu sedangkan negara-negara Barat sendiri ‘membisu’ apabila zionis Israel menzalimi rakyat Palestin. 

“Kita (kerajaan Malaysia) hanya menuntut rakyat Palestin dilayan sebagai manusia! Tidak lebih, tidak kurang!

“Selama ini Barat begitu bingit bercakap soal demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan, tetapi hari ini bisu apabila Israel rakus menzalimi Palestin. 

“Barat perlu hentikan kemunafikan ini. Kemanusiaan bukan hak istimewa orang kulit putih. Beri keadilan dan hak kemanusiaan untuk rakyat Palestin!,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook hari ini. 

Anwar hari ini dilaporkan mendedahkan, Malaysia menerima ugutan daripada pemimpin negara Eropah berhubung kelantangan Malaysia berhubung isu Palestin.

Katanya, Malaysia tidak sekali-kali patah semangat dan tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak agar sekatan dibuat terhadap negara ini.

“Ada Ahli Parlimen Eropah, kita beri keterangan jelas dengan kenyataan mereka dan ada yang usul langsung…kita usah risau berhubung perkara itu, kita ada urusan kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia di sini, hari ini.

Semalam, dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya