MYAirline bayar RM20 juta kepada 125,000 penumpang terjejas 

Parlimen: MYAirline bayar balik RM20 juta kepada 125,000 penumpang terjejas 

ANTHONY Loke Siew Fook dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memberitahu, syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) akan memulangkan bayaran balik RM20 juta kepada 125,000 penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berdasarkan maklumat diterima, sebanyak 125,000 tiket telah terjual untuk penerbangan ke pelbagai destinasi sehingga Mac 2024.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, sebanyak 125,000 penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasi ini, mengapa, sebab syarikat telah jual tiket sampai Mac akan datang.

“Jadi, biasanya, untuk sekali tempah dalam rekod syarikat jual tiket hingga Mac depan. Nilai tiket keseluruhan sebanyak RM20 juta.

“Namun, MYAirline telah memberi jaminan akan menunaikan kewajiban mereka dan membuat balik kepada penumpang yang terjejas apabila mereka menemui pembiaya,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Pukul 6 pagi tadi, MYAirline dalam kenyataan mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga suatu tarikh yang diberitahu.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan menyebabkan operasi perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

“Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat.

“Kami amat kesal dan memohon maaf. Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya