Muktamar Pas 2023: Hadi dakwa Belanjawan 2024 tak kembangkan Islam - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: Hadi dakwa Belanjawan 2024 tak kembangkan Islam

Belanjawan 2024
ABDUL Hadi Awang ditemui pemberita dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peruntukan sebanyak RM1.9 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi memperkasa syiar Islam di negara ini didakwa tidak akan membawa kepada pembangunan sebenar.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, peruntukan tersebut dilihat lebih kepada pembinaan bangunan yang berunsurkan Islam.

“Kalau bina sahaja masjid tetapi tak digunakan sepenuhnya untuk kembangkan syiar, tidak guna. Maksud syiar Islam itu adalah melaksanakan (apa yang digariskan dalam) agama Islam,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas ke-69, hari ini. 

Tambahnya, beliau akan memberikan maklum balas berhubung Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, pada Selasa hadapan.

Terdahulu, Belanjawan 2024 menyaksikan peningkatan sebanyak RM400 juta bagi peruntukan pembangunan hal ehwal Islam, berbanding RM1.5 bilion pada Belanjawan 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah RM1.9 bilion, sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya