Muhammad Lutfil rajin ke masjid

Muhammad Lutfil mangsa kemalangan maut ketika ke sekolah rajin ke masjid

MUHAMMAD Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13, maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke sekolah di Bagan Datuk semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13, yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah di sini semalam rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Penduduk yang mengenali dua beradik itu berkata, mereka sering melihat kedua-dua beradik itu sering bersama ke mana sahaja pergi.

Mohd. Sarani Yup, 51, berkata, dia juga kerap terserempak dengan Muhammad Lutfil Faiq solat di Masjid Al-Qura Bagan Datuk terutama selepas waktu sekolah.

“Pemergian kedua-dua beradik ini mengejut kami penduduk kampung, kami turut bersedih dengan pemergian mereka. Selain kawan-kawan dan guru di sekolah mereka, kami turut merasai kehilangan mereka secara mengejut.

“Apa yang saya perhatikan, mereka dua beradik sangat rapat, selalu saya nampak berdua. Pergi sekolah pun naik motor bersama dari rumah mereka di Kampung Pasang Api.

‘”Saya selalu terjumpa abangnya (Muhammad Lutfil Faiq) di masjid di sini, dia rajin ke masjid, boleh dikatakan kalau saya ke masjid, dia mesti ada, malah kali terakhir saya berjumpa dia ialah di masjid” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, kedua-dua beradik itu sudah disenangi rakan-rakannya di sekolah.

Katanya, ini dapat dilihat semasa solat jenazah dan pengebumian dua beradik itu dihadiri oleh ramai kawan-kawannya.

“Ramai kawan-kawan dan guru yang ziarah kedua-dua arwah, saya sebak melihat suasana semasa solat jenazah dan pengebumian, apatah lagi pemergian mereka secara mengejut dan tidak disangka,” katanya.

Jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Teluk Penikam di sini semalam selepas solat Asar.

Dua beradik itu maut yang dalam perjalanan ke sekolah maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh dan difahamkan, lokasi kejadian nahas itu hanya sekitar 300 meter dari sekolah dua beradik tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muara di sini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya