Merokok tempat larangan, notis kompaun RM1.2 juta dikeluarkan - Utusan Malaysia

Merokok tempat larangan, notis kompaun RM1.2 juta dikeluarkan

 KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluarkan notis kompaun yang bernilai RM1.2 juta atas kesalahan merokok di tempat larangan sejak Januari sehingga September tahun ini.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong, nilaian kompaun itu dikeluarkan melalui 5,386 notis kesalahan hasil 20,809 pemeriksaan dalam tempoh tersebut.

Katanya, notis kompaun paling banyak dikeluarkan adalah di daerah Kemaman iaitu 854 notis, manakala Dungun (807), Hulu Terengganu (804), Kuala Terengganu (726), Besut (692), Setiu (633), Marang (476) dan Kuala Nerus (394).

“Kesalahan yang paling banyak dikesan ialah merokok di kawasan larangan iaitu sebanyak 3,465 kes, tempat yang diwartakan (1,195), orang belum dewasa (485) dan tiada tanda larangan merokok (130).

“Turut direkodkan adalah kesalahan menjual atau menawarkan jualan apa-apa hasil tembakau dengan harga runcit yang tidak diluluskan (36 kes) dan jualan harga minimum rokok (28)

“Notis juga dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mempamerkan tanda larangan (20), menjual rokok tiada teks larangan merokok (19) dan gagal memastikan tiada perokok di dalam premis (8),” ujarnya ketika dihubungi.

Tambah Kasemani, kesemua notis itu  dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang melibatkan kompaun antara RM50 sehingga RM500.

Tegas beliau, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan oleh JKNT bagi melindungi golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap dan wap produk rokok.

“Penerima notis boleh ke mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh dua minggu atau tidak lebih dua bulan daripada tarikh notis untuk ditawarkan kompaun.

“Larangan ini bukan mahu menghukum perokok tetapi dilaksanakan bagi mengelak komplikasi akibat tabiat merokok termasuk golongan perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya