Menyamar kontraktor curi kabel Telekom - Utusan Malaysia

Menyamar kontraktor curi kabel Telekom

SEORANG daripada empat suspek yang dipercayai menyamar sebagai kontraktor Telekom Malaysia diberkas ketika cuba mencuri kabel elektrik di Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seramai empat lelaki dipercayai menyamar sebagai kontraktor Telekom Malaysia dengan niat untuk mencuri kabel elektrik berhampiran Jalan Kampung Paya Berapit di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, seorang daripada mereka bagaimanapun berjaya diberkas dan polis kini sedang memburu tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

TAN CHENG SAN

Terdahulu, katanya, tular dua rakaman video mengenai suspek yang berjaya diberkas itu di laman Twitter sejak pukul 9 pagi tadi.

Menurut beliau, video yang masing-masing berdurasi 20 serta 13 saat itu telah mendapat sekurang-kurangnya 308 tanda sukaan, lapan komen serta 248 ciapan semula ketika ia ditularkan.

“Semasa kejadian, pengadu iaitu seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan juruteknik Telekom Malaysia ternampak empat lelaki mencurigakan yang berpakaian seperti seorang kontraktor sedang memotong kabel talian atas di tempat kejadian.

“Pengadu kemudian menghampiri suspek dan bertanyakan mengenai kerja yang sedang dilakukan oleh mereka.

“Bagaimanapun, kesemua suspek cuba melarikan diri kecuali seorang daripada mereka yang berjaya ditangkap iaitu seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai berusia sekitar awal 20-an,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Cheng San, semakan lanjut mendapati suspek tersebut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Anggaran kerugian kabel Telekom yang dipotong itu ialah RM5,000 dan ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek yang masih bebas,” ujar beliau.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan boleh menghubungi ibu pejabat polis daerah IPD SPT di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya