MB Perlis tolak bertanding jawatan AJK Pas pusat meskipun mendapat pencalonan - Utusan Malaysia

MB Perlis tolak bertanding jawatan AJK Pas pusat meskipun mendapat pencalonan

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menolak bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat meskipun mendapat pencalonan pada pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan ke-69 pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Beliau merasakan masih belum layak untuk bertanding jawatan berkenaan dan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin lain.

Selain memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Mohd. Shukri juga merupakan Pesuruhjaya Pas negeri ini.

“Saya tolak semua (bertanding jawatan AJK Pas Pusat). Ada pencalonan, tapi saya menolak kerana saya masih merasakan belum layak,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas, Mohd. Shukri berkata, jawatan berkenaan sentiasa dibuka untuk pertandingan namun tidak ada pemimpin yang mahu bertanding kerana mereka masih memberi kepercayaan kepada barisan kepemimpinan tertinggi parti.

“Semua jawatan terbuka untuk bertanding tetapi tidak ada yang menawarkan diri khususnya bagi jawatan ‘Top 5’ ini,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu.

Menurut Takiyuddin, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil alih teraju kepimpinan Pas daripada Allahyarham Datuk Dr. Fadzil Noor pada 2002, sekali gus menjadi pemimpin nombor satu paling lama menyandang jawatan berkenaan.

Malah, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula memegang jawatan Timbalan Presiden Pas sejak 2015.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya