MB Perak terbuka jika pembangkang sokong, sertai kerajaan negeri - Utusan Malaysia

MB Perak terbuka jika pembangkang sokong, sertai kerajaan negeri

SAARANI Mohamad (tengah) melihat peralatan menangkap ikan yang dipamerkan pada program pelepasan benih ikan di perairan umum dan perasmian Jeti Nelayan Darat Kampung Luat di Lenggong hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Kerajaan Perpaduan Perak mengambil sikap terbuka sekiranya pembangkang negeri mahu menyokong atau menyertai kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sikap itu diambil sekiranya langkah begitu dapat menjamin kestabilan kepada negeri.

“Jika semua wakil rakyat duduk dalam sebuah kerajaan yang boleh menstabilkan negeri, tiada masalah.

“Kenapa tidak kalau semua hendak sertai. Kita masing-masing memberi pandangan dan pendapat untuk meneruskan agenda pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program pelepasan benih ikan di perairan umum dan perasmian Jeti Nelayan Darat Kampung Luat di sini hari ini.

Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata, pintu untuk Pas keluar daripada blok pembangkang dan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan masih terbuka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Pas memandangkan kerajaan yang dibentuk adalah sebuah Kerajaan Perpaduan.

Selepas itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pula memutuskan menyokong kepemimpinan Anwar dengan serta-merta.

Saarani berkata kematangan berpolitik adalah penting supaya kerajaan yang dibentuk adalah stabil kerana ia akan menjadi kayu pengukur oleh pelabur untuk datang ke Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya