Lelaki mengaku salah cubaan rompak wanita di kedai dobi - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku salah cubaan rompak wanita di kedai dobi

MUHAMMAD Faiz Radzli yang mengaku bersalah atas tuduhan cubaan merompak seorang wanita dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cubaan merompak seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus, dekat sini, Sabtu lalu.

Tertuduh, Muhammad Faiz Radzali, 25, yang merupakan seorang penganggur membuat pengakuan itu hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan tarikh jatuh hukum.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa cuba melakukan rompakan serta mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus sekitar pukul 3 petang pada 30 September lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK).

Sebaik merekodkan pengakuan bersalah itu, mahkamah menetapkan 10 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes dan jatuh hukum.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas cedera ditikam oleh suspek yang dipercayai menggunakan gunting di sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir.

Turut tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan memaparkan suspek meluru masuk dan menikam mangsa dari belakang sebelum bertindak melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya