LCS: Kementerian Pertahanan sentiasa libatkan AGC dalam SA6

LCS: Kementerian Pertahanan sentiasa libatkan AGC dalam SA6

Laporan PAC mendedahkan berlaku kelewatan selama 86 hari bagi projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan menegaskan, Jabatan Peguam Negara (AGC) sentiasa dilibatkan dalam Perjanjian Tambahan Keenam atau SA6 berkenaan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan turut menegaskan, AGC juga telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam proses memuktamadkan draf SA6 ini.

“Untuk makluman, Kementerian Pertahanan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) dan AGC telah melaksanakan beberapa siri perbincangan serta mesyuarat berkaitan draf SA6 sejak April 2023, iaitu selepas keputusan hala tuju projek diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 April 2023.

“Hasil daripada kesemua libat urus ini, Kementerian Pertahanan telah menerima ulasan AGC melalui surat bertarikh 24 Mei 2023 di mana empat perkara utama telah dibangkitkan iaitu (1) Progress Payment Plan, (2) Integrated Logistic Support (ILS), (3) Detailed Design dan (4) Liquidated Ascertained Damages (LAD), bersama-sama cadangan pindaan yang lain.

“Kementerian Pertahanan telah mengambil kira kesema perkara ini dan pindaan berkaitan telah dibuat sewajarnya. Justeru, SA6 ini telah ditandatangani setelah mengambil kira ulasan AGC dan juga pandangan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terdahulu serta Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas artikel sebuah portal berita bertajuk ‘PAC kecam Mindef meterai perjanjian LCS tanpa persetujuan AGC’, yang didakwa dipetik dari Laporan Kemajuan Projek Pembangunan LCS bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 yang dikeluarkan PAC yang dibentang di Dewan Rakyat, semalam.

Pada masa sama, Kementerian Pertahanan turut menafikan dakwaan bahawa tiada kemajuan pembinaan LCS sejak lawatan PAC ke-14 pada 11 Disember 2021 hingga lawatan ke-15 pada 10 Jun lepas.

“Ini adalah kerana perancangan penerusan projek LCS yang diluluskan oleh Kerajaan pada 19 April 2023 antaranya keria pembinaan bermula pada September 2023 setelah tempoh mobilisasi pembinaan semula selama 3 bulan oleh syarikat BNSSB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya