Kereta terbabas rempuh kedai jual nombor ekor - Utusan Malaysia

Kereta terbabas rempuh kedai jual nombor ekor

ANGGOTA bomba mengalihkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai menjual nombor ekor di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Gara-gara dipercayai tersilap menekan pedal minyak, seorang lelaki warga emas nyaris cedera parah apabila kereta yang dipandunya terbabas sehingga merempuh sebuah premis yang menjual nombor ramalan atau nombor ekor, di sini.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang di kawasan Taman Molek, Bagan Ajam, hari ini.

Menurut pegawai operasi bomba, Noorhisham Md. Noor, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian tersebut, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth.

SEBUAH kereta dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai menjual nombor ekor di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Katanya, ketika tiba di lokasi, mangsa yang berusia 65 tahun itu didapati masih tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang merempuh premis tersebut.

Beliau berkata, walaupun rempuhan itu agak kuat, lelaki tersebut hanya mengalami cedera ringan iaitu rasa sakit pada bahagian belakang badan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dalam tempoh kurang 10 minit.

“Sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan susulan,” katanya yang memberitahu, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.29 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya