PASIR SALAK: “Mereka tidak pernah berpisah sejak lahir, seperti sudah ditakdirkan bersama sehingga akhir hayat. Sejak dari dalam rahim hingga ke liang lahad mereka kekal bersama.” Itu kata Zalifah Abdull Karim, kakak kepada Nur Zuhaida dan kembarnya, Nur Shahidah, masing-masing berusia 33 tahun yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Changkat Rambai, Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang di sini, kelmarin. Difahamkan, kejadian berlaku selepas kereta jenis Perodua Kancil…










