PETALING JAYA: Sebahagian besar kawasan di Kalimantan Selatan, Indonesia mengalami cuaca kering berterusan menyaksikan masalah jerebu berada di tahap sangat tidak sihat. Peta petunjuk titik panas jerebu oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) di Singapura menunjukkan, kawasan di antara tengah dan selatan Kalimantan, Indonesia seperti Rawi, Palangkaraya Paminggir dan Amuntai berada dalam kategori titik panas tertinggi. Bagaimanapun setakat pukul 11 pagi semalam (6 Oktober 2023), ASMC menyatakan, bahagian utara Sumatera…










