Jual beras plastik: Kita cari sampai lubang cacing-Armizan

Jual beras plastik: Kita cari sampai ke lubang cacing

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berlaku penjualan beras plastik di sebuah pasar raya di Sandakan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya  akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya aduan itu sahih maka, tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.

“Sekiranya berlaku, kita akan pastikan siasatan dilakukan dan kita gerakkan (anggota penguat kuasa) secara agresif, kita cari sampai lubang cacing kerana ini melibatkan kepentingan rakyat,” katanya semasa mengulas tentang video tular mengenai dakwaan penjualan beras plastik di Sandakan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat dan penyerahan surat pelantikan pegawai lantikan secara kontrak jurutera dan penolong jurutera, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, kementeriannya perlu meneliti terlebih dahulu dakwaan yang ditularkan menerusi sebuah rakaman video yang dikatakan berlaku di sebuah pasar raya di Sandakan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) itu berkata, beliau mengambil maklum tentang insiden yang berlaku dan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan secara serta-merta.

“Saya meneliti dengan dekat melalui KPDN cawangan Sandakan isu terkait dengan insiden yang disifatkan dengan penjualan beras plastik.

“Siasatan sedang dilakukan oleh KPDN cawangan Sandakan bersama Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

“Kementerian akan mendapatkan bukti-bukti berkaitan dan saya bagi jaminan bahawa KPDN selaku agensi yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan, khususnya dalam dua akta berkaitan iaitu Akta Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna,” katanya.

Setakat ini, siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan dan premis yang didakwa terlibat menjual beras plastik telah dilawat. Malah, maklumat tambahan daripada pengadu yang menularkan video juga sedang diperolehi.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang menyemak invois daripada peruncit dan juga pembekal. Aduan itu akan disiasat dengan teliti kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan membabitkan isu kesihatan.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 1 minit 20 saat tular dalam laman media sosial mengenai dakwaan beras plastik dijual di salah sebuah pasar raya di Sandakan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya