JPJ beri amaran kepada pemilik kenderaan gagal patuhi

JPJ beri amaran kepada pemilik kenderaan gagal patuhi penggunaan cermin gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang ditetapkan.

Tindakan yang diambil iaitu denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

Bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 memperkenalkan peraturan baharu mengenai pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

Kata kenyataan itu, peraturan baharu tersebut diwartakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

“Peraturan-peraturan tersebut menetapkan bahawa Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah Subkaedah (1) iaitu cermin hadapan kenderaan 70 peratus, Subkaedah (3), cermin tepi sisi kiri kanan pemandu 50 peratus dan Kaedah 12(1)(b), cermin sisi bahagian belakang dan cermin belakang 0 peratus,” katanya di sini.

Tambah kenyataan itu, berdasarkan rekod, JPJ mengeluarkan sebanyak 108,428 notis kesalahan yang melibatkan cermin gelap sejak tahun 2019.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17,218 dikenakan saman JPJ(P)22.

“Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap dengan cara memohon melalui pos atau portal JPJ www.jpj.gov.my.

“Sehingga kelulusan diperoleh, mana-mana individu hendaklah mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, JPJ juga ingin menasihati orang awam supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sedia ada yang ditetapkan.

“Orang awam digalakkan untuk memberi kerjasama kepada pihaknya sekiranya terlihat kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ini dengan menyalurkan aduan secara langsung melalui e-Aduan@JPJ di aplikasi MyJPJ,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya