Jiran, guru, ahli keluarga boleh didakwa jika tidak lapor kes jenayah seksual kanak-kanak

Jiran, guru, ahli keluarga boleh didakwa jika tidak lapor kes jenayah seksual kanak-kanak

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Komuniti setempat termasuk jiran, guru dan ahli keluarga boleh didakwa di mahkamah jika gagal melaporkan dan menyembunyikan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya mendapati tidak ramai saksi terutama yang rapat dengan mangsa jenayah seksual (kanak-kanak) tampil membuat laporan mengenai kes itu.

Beliau berkata, pihaknya mahu komuniti itu dilibatkan sepenuhnya bagi melancarkan prosiding siasatan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di negara ini.

“Kes jenayah seksual kanak-kanak bukan hanya membabitkan mangsa (kanak-kanak) dan suspek sahaja tetapi jiran, cikgu sekolah dan ahli keluarga boleh dilibatkan jika mereka gagal buat laporan.

“Ini (tindakan) yang saya nak buat secara agresif. Sebab jika jiran tahu, cikgu tahu dan ahli keluarga tahu tetapi diam dan tidak mahu terlibat, maka kes dihadapi mangsa akan bertambah sulit.

“Kita kena kejar mereka kerana peruntukan itu sudah ada dalam undang-undang. Inilah cara kita nak bagi perlindungan secara menyeluruh kepada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan aplikasi eKlinik 6G Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di sini hari ini.

Katanya, sehingga kini, belum ada mereka yang didakwa berkaitan isu itu walaupun ia sudah termaktub dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Azalina berkata, beliau dan pihak mahkamah akan bertemu dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman esok bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, peruntukan itu perlu dilaksanakan secara lebih ketat selepas ini sekali gus memberi pembelaan kepada mangsa jenayah seksual kanak-kanak.

“Mengikut Akta 792, kes jenayah seksual kanak-kanak ini sepatutnya diselesaikan dalam masa setahun tetapi realitinya ia memakan masa yang begitu lama,” katanya.

Katanya, beliau juga akan bertemu dengan Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr. Farah Nini Dusuki bagi berbincang perkara sama termasuk memastikan peruntukan itu diguna pakai dan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Pada masa sama, Azalina berkata, beliau memuji khidmat pendamping kanak-kanak bagi kes jenayah seksual kanak-kanak kerana ia dilihat dapat membantu mengurangkan ketakutan dalam diri mangsa.

“Saya mahu khidmat ini diperluaskan ke kawasan luar bandar dan inisiatif itu juga akan dimasukkan dalam pelaksanaan Belanjawan 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya