JDT sebelah kaki ke final Piala Malaysia - Utusan Malaysia

JDT sebelah kaki ke final Piala Malaysia

PEMAIN JDT, Bergson Gustavo (kanan) melakukan percubaan ke arah pintu gol Perak FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini apabila membaham Perak 4-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Perak, sebentar tadi.

Seperti diramal JDT mudah mengatasi Perak FC walaupun berjaya memberi saingan kepada juara itu.

Biarpun bermain dihadapan 21,613 penonton, sorakan penyokong gagal menterjemahkan keputusan memihak kepada Perak FC sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada perlawanan kedua nanti.

JDT hanya mengambil masa tujuh minit untuk merobek gol Perak melalui Oscar Arribas yang menanduk kencang melepasi Farhan Majid

Berselang dua minit kemudian, Perak FC berpeluang menyamakan kedudukan menerusi tandukan Seo Seonung namun berjaya diselamatkan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.

Gawang Perak FC bolos lagi pada minit ke-11 selepas Arif Aiman berjaya memperdaya penjaga gol Perak FC, Farhan Majid sekaligus menyaksikan kedudukan berubah 2-0.

Perak FC hampir menjaringkan gol menerusi percubaan Luka Milunovic namun kecemerlangan Syihan menyelamatkan pintu gol JDT daripada dibolosi.

Wan Zack Haikal pula menjadi pemain kedua Perak FC yang dilayangkan kad kuning kerana mempersoalkan keputusan pengadil.

Ketika separuh masa pertama hampir berakhir, berlaku aksi panas di dalam padang melibatkan beberapa pemain kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika sebelum pemain JDT, Arif Aiman dan kapten Perak FC, Luciano Guaycochea dilayangkan kad kuning.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan kedudukan kekal memihak kepada JDT yang mendahului tuan rumah 0-2.

Bersambung babak kedua, Perak FC membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Farris Izdiham dan mengeluarkan Luka Milunovic.

JDT juga turut membuat pertukaran pemain apabila Matthew Davies dikeluarkan dengan diganti oleh Shahrul Saad.

Perak FC terus ketinggalan pada minit ke-70 apabila pemain gantian JDT, Shahrul Saad menanduk masuk bola ke gawang pasukan lawan sekaligus mengubah keputusan menjadi 3-0.

Kedudukan semasa berubah 3-1 pada minit ke-76, apabila Perak FC berjaya menjaringkan gol menerusi Guaycochea yang menyambut hantaran Wan Zack Haikal.

Sementara itu, pasukan pelawat terus menambah derita Perak FC apabila memperoleh gol keempat mereka menerusi jaringan pemain gantian JDT, Nazmi Faiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya