Jagdeep kini Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Jagdeep kini Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang

dap
JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang telah membuat beberapa perubahan pada barisan jawatankuasa negeri tersebut selepas pilihan raya negeri.

Setiausaha DAP negeri, Lim Hui Ying berkata, Jagdeep Singh Deo, yang sebelum ini merupakan Naib Pengerusi DAP negeri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi negeri.

Katanya, Naib Pengerusi negeri kini dipegang Steven Sim Chee Keong manakala Setiausaha Publisiti Negeri disandang Heng Lee Lee.

”Jawatankuasa DAP negeri bermesyuarat pada 21 September lalu untuk membincangkan komposisi jawatankuasa negeri selepas pilihan raya negeri.

”Terdapat perubahan pada tiga jawatan iaitu Timbalan Pengerusi negeri, Naib Pengerusi negeri dan Setiausaha Publisiti negeri untuk penggal 2021-2024,” katanya di sini hari ini.

Jawatan Timbalan Pengerusi DAP negeri sebelum ini dipegang oleh Dr. P. Ramasamy, namun beliau telah mengumumkan keluar daripada DAP pada Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya