Isu penjualan tanah; Kon Yeow saman Kok Ping - Utusan Malaysia

Isu penjualan tanah; Kon Yeow saman Kok Ping

CHOW Kon Yeow bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping atas kenyataan beliau yang didakwa mengaibkan dan menjatuhkan maruah beliau.

Menurut Kon Yeow, keputusan itu susulan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang yang bersidang hari ini yang memutuskan secara sebulat suara supaya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Kok Ping.

”Kenyataan tersebut dikeluarkan pada sidang media yang diadakan oleh pertubuhan itu semalam dan telah disiarkan oleh media cetak dan atas talian secara meluas.

”Keputusan MMK berkaitan dibuat berdasarkan liputan media yang memetik Kok Ping yang menggunakan perkataan-perkataan mengaibkan dan menjatuhkan maruah Ketua Menteri,” katanya di sini hari ini.

Semalam, barisan ahli PCCC mengadakan sidang akhbar berhubung isu mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Sidang akhbar itu bagi menuntut Kon Yeow menjelaskan bagaimana proses penjualan tanah tersebut berlaku serta pihak bertanggungjawab di PDC yang memberikan kelulusan dan memberi kuasa untuk menandatangani proses tersebut.

Malah, Kok Ping seperti dilaporkan beberapa media turut dipetik berkata ‘Kon Yeow tidak cekap, jahil dan tidak tahu malu’ kerana mengelak soalan mengenai perjanjian itu.

Susulan pelbagai isu berhubung penjualan tanah itu, Lembaga PDC memutuskan menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn. Bhd. dengan memberikan notis tiga bulan.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, tindakan undang-undang terbabit akan diuruskan oleh peguam bagi tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya