Isu LCS: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan PAC

Isu LCS: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan PAC

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan memberi jaminan sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga boleh memanggil sesiapa sahaja sama ada peringkat menteri atau pegawai yang berkaitan bagi mendapatkan kerjasama.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah hadir memberikan keterangan kepada PAC.

“Kelazimannya pihak PAC akan berhubung terus dengan menteri atau individu yang berkaitan untuk dipanggil selain wakil daripada Tentera Laut Diraja Malaysia sendiri,” katanya selepas merasmikan Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah, di sini hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa PAC akan memanggil beberapa pegawai kanan kementerian termasuk menteri dan bekas menteri berhubung siasatan kemajuan LCS iaitu antara empat laporan yang dijadual dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat bermula 9 Oktober ini.

Sesi prosiding dijadualkan hari ini bagi membolehkan panel PAC mengetahui mengenai segala perkembangan projek bernilai berbilion ringgit itu untuk tempoh Jun hingga Ogos lalu.

Antara individu yang akan dipanggil ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu, Datuk Seri Isham Ishak dan wakil syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya