Hari Bertemu Pelanggan berjaya selesai masalah rakyat

Hari Bertemu Pelanggan berjaya selesai masalah rakyat

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan rakyat pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan yang digerakkan kerajaan negeri Perak menjadi antara program paling berjaya dalam menyelami masalah yang dihadapi rakyat dan menyelesaikannya dengan segera.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Korporat), Anita Amri berkata, konsep bersemuka dengan pemimpin negeri dalam program itu membolehkan rakyat meluahkan apa jua masalah mereka kepada pegawai kerajaan.

Menurutnya, malah Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad sendiri ‘turun padang’ mendengar masalah yang dihadapi rakyat pada program itu.

“Berdasarkan statistik jumlah aduan bagi Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak bagi Siri 1 hingga Siri 8 Tahun 2023, jumlah keseluruhan aduan ialah 1,121 dan daripada jumlah itu, 976 aduan atau 87 peratus diselesaikan.

“145 aduan lagi atau 13 peratus dalam tindakan,” katanya.

Menurut beliau, masalah berkaitan tanah merupakan aduan tertinggi diterima yang biasanya melibatkan mengenai status terkini permohonan dibuat dan alasan mengapa permohonan ditolak.

“Kejayaan menyelesaikan masalah rakyat berkait rapat dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Rakyat hanya perlu datang ke program itu dan menceritakan masalah untuk kerajaan negeri selaraskan mengikut kapasiti kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Anita, aduan-aduan yang diterima, sebahagiannya berjaya diselesaikan pada hari sama sementara bakinya dalam tempoh ditetapkan oleh jabatan dan agensi berkaitan, sejajar dengan matlamat pelan Perak Sejahtera 2030 untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Jelas beliau, selepas aduan diterima, agensi berkaitan akan membantu menyalurkan aduan pada pihak berkaitan kerana ada yang tidak tahu untuk berhubung dengan siapa bagi mengadukan masalah mereka.

“Hari Bertemu Pelanggan sebenarnya tidak sekadar mendengar rintihan dan luahan masalah rakyat tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai membeli barangan pada harga yang rendah yang ditawarkan pada program itu.

“Ini dilakukan menerusi anak syarikat kerajaan contohnya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) yang menjual ayam segar standard pada harga RM4 seekor menerusi Kedai Bergerak Negeri Perak (KBNP) semasa program itu berlangsung di Stadium Indera Mulia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya