RUU pinda Akta CAAM 2017 tahun hadapan

Hanya satu pengawal selia penerbangan tahun depan -Anthony

ANTHONY Loke Siew Fook (kiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian perkongsian kod antara syarikat penerbangan Emirates dengan Batik Air yang disempurnakan oleh Timbalan Senior Kanan Operasi Komersial Emirates, Orhan Abbas (dua kiri) dengan Pengasas Kumpulan Lion Air (Batik Air), Rusdi Kirana (dua dari kanan) dan turut hadir Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy (kanan) di Ritz Carlton Kuala Lumpur di sini semalam. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mempunyai satu pengawal selia penerbangan tahun depan apabila Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bergabung dengan Akta Mavcom 2015 (Akta 771) dan menjadi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, rang undang-undang (RUU) untuk memansuhkan Akta 771 dan meminda Akta CAAM 2017 akan dibawa ke Parlimen pada sesi pertama persidangan tahun depan.

“Saya jangka mungkin RUU untuk memansuhkan Akta 771 dan bergabung dengan CAAM akan pergi ke Parlimen mungkin pada persidangan pertama tahun depan, paling awal,” katanya dalam sidang akhbar di selepas melancarkan kerjasama Perkongsian Kod Antara Emirates dan Batik Air di Hotel Ritz-Carlton di sini, semalam.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai dua pengawal selia penerbangan iaitu Mavcom dan CAAM yang mana Mavcom menyelia bahagian kewangan, komersial dan ekonomi syarikat penerbangan manakala CAAM melihat dari aspek teknikal.

Pengendali udara komersial berjadual yang berpangkalan di Malaysia perlu memiliki kedua-dua lesen perkhidmatan udara (ASL) dan sijil pengendali udara (AOC) yang mana ASL dikeluarkan oleh Mavcom dan AOC diberikan oleh CAAM.

Tambah Anthony, berkenaan lesen MYAirline Sdn. Bhd., kes itu kini bergantung kepada tafsiran sesiapa sahaja oleh kerana syarikat itu terdapat dua pengawal selia penerbangan semasa pendaftaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN